Hari Sabtu Ini Tarikh Keramat!
Article Saya?, Cerita Lain? November 12th, 2009
asalmualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya ingin cerita sedikit kepada anda semua apa yang akan berlaku pada hari sabtu ini,iya,pada hari sabtu ini merupakan hari penghabisan saya belajar di UITM ini,dan pada hari tersebut merupakan kertas terakhir saya didalam semester ini dan semester-semester seterusnya(harap-harap tidak sangkut lagi paper),kalau sangkut,alahai sedih betul…
Saya ingin meminta rakan yang selalu datang ke blog saya ini mendoakan saya supaya saya berjaya pada sem ini dengan lulus semua subject (tidak ingin mengulang lagi) ,Ini adalah kerana selepas ini saya akan fokus 100% kepada perniagaan internet ini .Sebelum ini saya hanya fokus lebih kurang 40% sahaja didalam perniagaan internet ini.

Saya juga bernazar bahawa jika saya lulus semua subject pada bulan ini saya akan berpuasa selama sebulan.Saya berharap anda semua mendoakan kejayaan saya ini..amin..
oh iya,sebelum terlupa,saya akan praktikal di UTM skudai pada 28 /12/2009 ini.Jika sesiapa yang dekat dengan Uitm skudai tu leh la berjumpa dengan saya,kita boleh borak pasal blog,pasal perniagaan internet dan pelbagai lagi..
P/s:Nak berlanja makan pun boleh..









Leave a Comment