Boleh ke cepat kaya? Lu pikir la sendiri - Bak kata Nabil
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain? January 5th, 2010
asalamualaikum dan salam sejahtera…
Saya ada menerima pelbagai email daripada pelbagai orang ramai menyatakan mereka ingin menjana pendapatan di internet ini,tetapi tidak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan di internet, dan ada juga ingin menjana pendapatan di internet dengan sepantas kilat tapi tidak tahu apa-apa pasal perniagaan tersebut tanpa kajian yang sebaiknya,Yang hanya mereka tahu adalah mengeluarkan modal sahaja selepas itu dapat untung ribu-ribu.Adakah ini diperkatakan perniagaan internet yang sebenar.
Jika cara seperti ini,beri sahaja duit kemudian dapat untung beribu-ribu ini dikatakan melabur dan bukan sama sekali adalah perniagaan internet!.Baik seseorang itu melabur di bursa saham,lebih berfaedah!
Saya telah membaca buku motivasi yang ditulis oleh dr irfan khairi iaitu nota jutawan nota motivasi versi satu,didalam buku tersebut ada menerangkan bahawa untuk mencapai apa yang dihajati ,kita perlu merancang terlebih dahulu sekurang-kurangnya 5 tahun lepas sebelum mencapai kejayaan.Ramai yang inginkan sesuatu yang ajaib seperti hari ini belajar,esok telah menjana pendapatan dengan ribu-ribu ringgit tetapi mereka sebenarnya belum melakukan persediaan yang teratur.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan,kita perlu memberi komitment terhadap apa yang kita lakukan.Saya telah bertanya kepada seorang otai didalam dunia internet ini iaitu Vince Tan,jika kita ingin mencapai untuk menjadi jutawan,kita perlu berusaha 100 kali ganda.Jika pada hari ini kita memperolehi 10 dollar anda perlu kalikan dengan 100 kali untuk mendapatkanya dan anda perlu usaha 100 kali untuk mencapaikannya.

Ini menunjukkan,kita kena berusaha lebih untuk mencapai apa yang kita inginkan.Apa yang saya lihat pada waktu sekarang adalah,saya lihat ramai yang senang berputus asa jika melakukan setiap tugas.Anda tidak tahu bahawa saya dahulu juga daripada bawah(newbie dengan tidak tahu apa-apa).Saya berusaha selama 2 tahun dan sekarang baru menampakkan hasil.Apa yang saya buat selama dalam 2 tahun tersebut?Maka bacalah diairiIM saya yang telah saya tulis untuk anda semua.
Ramai yang ingin menyatakan di internet ini hanya menjual ebook-ebook yang seperti sampah(ebook yang tidak berkualiti).Tapi ingat bahawa setiap ebook yang dijual didalam internet ini adalah ilmu kepada kita.Seperti saya,saya juga membeli ebook orang lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya didalam pelbagai aspek walupun dalam bidang itu saya tidak memahami dengan sebaiknya.Jangan dikira bahawa ebook itu tidak elok atau tidak,yang sebenarnya ianya bergantung kepada diri kita sendiri.Jika ebook tersebut dibeli dan kemudian tidak dipraktikan apa yang diberi, bagaimana ingin mencapai kejayaan?
Bak kata pelawak kita Nabil,lupikir la sendiri! kekadang saya terpikir juga,betul juga kata Nabil itu kerana itu semua bergantung kepada anda .
Lu pikir la sendiri!

Comments
Leave a Comment








January 6th, 2010 at 8:55 am
Saya setuju dengan pendapat anda. Bagi sesiapa yang membaca entri ini, “Lu Pikirlah Sendiri!”.
[Reply]
Yazid Yahaya Reply:
January 6th, 2010 at 12:10 pm
betul tu aqif..saya sememangnya sudah lama ingin meluahkannya..tetapi tidak kesampaian..yang penting usaha tangga kepada kejayaan,,,
[Reply]
January 11th, 2010 at 4:45 pm
bukan senang nak senang,
bukan susah nak susah.
pokok pangkal usaha masing2…
[Reply]
Yazid Yahaya Reply:
January 12th, 2010 at 12:14 am
betul tu dr.aku.la,bukan susah nak susah dan bukan senag nak senag..memang bernas..
[Reply]