Analysis tool : Woorank
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain?, Tips Perniagaan Untuk Blogger? February 26th, 2010
asalmualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya nak cerita sedikit tentang WooRank ,andakah anda tahu tentang WooRank? WooRank adalah buah hasil dari kerja keras oleh banyak konsultan pemasaran online, enjin pengembang dan designer yang kreatif. Bersama-sama mereka telah membina sebuah laman web sederhana namun kuat dianalisis dan direka untuk memanfaatkan mesin pencarian di internet. Ianya berbeza jika kita membandingkan dengan Pagerank, Alexa rank dan ianya Bersaing kan?
Saya sudah menyertakan beberapa site saya iaitu blog strategiblog.com untuk dianalisa oleh mereka. Sepertinya yang anda lihat ianya sederhana . Tidak terlalu bagus. Tidak terlalu buruk. Saya rasa, saya perlu mengikuti beberapa saranan mereka untuk memastikan blog saya lebih baik dalam keputusan enjin carian. Setakat ini, saya percaya anda boleh menggunakan WooRank sebagai alat analisis tapak Web anda juga.
Anda bila lagi untuk cuba,mana tahu satu hari pagerank sudah tidak diperlukan tetapi WooRank pula diperlukan(siapa tahu)..
Edisi Siasat: Buat duit dengan adfly
Buat Duit Dengan Blog?, Tips Perniagaan Untuk Blogger? February 24th, 2010
Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang bagaimana kita ingin membuat duit dengan adfly. Sebelum kita menjana pendapatan dengan adfly apa kata kita lihat dulu bagaimana ad.fly ini berfungsi?iyanya mudah sahaja,anda perlu mempunyai satu link seperti ini http://adf.ly/1MHw setelah anda regiter di ad.fly kemudian marketkan link tersebut ikut cara anda.Link tersebut akan pergi ke iklan seperti ini :IKLAN adfly ini .Apa yang best iklan adfly ini,orang klik je untuk pergi ke iklan tersebut anda akan dibayar !kiranya seperti visit site and dapat payment ,tapi biasa la,bila senang cara untuk jana pendapatan melalui ini ,maka wang pendapatan untuk program ini pun adalah sedikit.Anda akan dibayar $0.00050 satu kali visit (kalau tidak silap saya).Jadi,bayangkan anda perlu berapa visit untuk mendapatkan wang yang banyak.
Ini menunjukkan anda perlu mempunyai traffik yang tinggi untuk menjana pendapatan daripadanya.Jadi,mari kita cuba menjana pendapatan dengan ad.fly ini sebagai seorang blogger.Apa yang seronoknya tentang ad.fly ini ,ad.fly ini akan membayar wang melalui paypal jika payment anda sudah cecah $5.00,jadi mudah untuk menerima pembayaran..
Jadi,daftar sekarang untuk menjana pendapatan daripadanya..
penambahan:Adfly ini juga digunakan untuk memendek nama domain dan sesiapa yang klik melalui link yang anda buat itu,anda akan dapat duit ..jadi ,mudahkan konsep adfly ini…
Saya bukan Ah long,Cuma Mahu tolong!
Article Saya? February 22nd, 2010
Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana saya mempunyai sebab tersendiri kerana tidak menulis!ini adalah kerana saya sedang membuat ebook free kepada anda untuk anda mendapat apa yang anda perlu dipelajari di internet ini dan beranggapan bahawa internet ini memang boleh menjana pendapatan,tapi bagaimana ingin menjana pendapatan tersebut?jadi saya akan membongkarkanya untuk anda.
Peh,ebook free lagi,Saya bukannya ah long tetapi saya nak tolong, itu yang saya perkatakan didalam jiwa saya untuk menolong anda semua didalam dunia internet ini.Ebook saya itu adalah berkenaan bagaimana saya menjana RM8800 tidak sampai dalam 2 bulan..mungkin saya akan lancarkan ebook tersebut lsedikit hari lagi kerana saya perlu banyak melakukan tugas pada bulan 2 dan 3 ini kerana saya ingin fokus kepada satu perkara buat masa ini.Kebelakangan ini saya begitu sibuk sekali dengan apa yang saya lakukan..
Jika saya menolong anda secara percuma dengan membuat ebook percuma kepada anda?adakah anda juga akan menolong saya juga atau anda semua hanya menunggu produk percuma dan hanya perlu disuap kedalam mulut sahaja tanpa melakukan apa-apa?untuk pengetahuan semua,saya sudah berusaha untuk anda semua kerana saya membuat pelbagai ebook,buku dan pelbagai tips yang saya sediakan(tapi apa yang saya dapat adalah harapan yang gagal daripada anda ?kerana anda tidak ingin berusaha).
Produk saya yang membantu anda adalah Panduan asas blogger,Diari IM,dan buku saya buat duit dengan blog,Buat masa ini saya tidak menerangkan secara terperinci tentang perniagaan internet dan lebih kepada bahagian blogger!jadi pada kali ini saya akan fokus sedikit pula pada perniagaan internet!
Sebelum itu,sekali lagi saya ingin bertanya kepada anda?Jika saya menolong anda,adakah anda menolong saya?….Jawapan ini akan diserahkan kepada anda untuk menilai..
Review: Affiliate Boleh Buat Duit Ke?
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain?, Tips Perniagaan Untuk Blogger? February 9th, 2010
asalamualaikum dan salam sejahtera..
Affiliate? apa dia affiliate? saya rasa saya dah memperketengahkan perkara ini didalam blog ,didalam ebook serta buku saya tetapi tiada orang yang mengambil peduli melalui apa yang saya nyatakan kerana mereka lalai dan alpa terhadap apa yang diberitahu oleh saya didalam blog ini dan mereka semua ini kerugian beribu-ribu ringgit.Ramai yang menyatakan sistem affiliate ini memerlukan sistem promosi yang banyak untuk berjaya melaluinya.Tetapi bagaimana ingin berjaya didalam sistem affiliate ini? Pelbagai cara ingin berjaya didalam sistem affiliate ini antaranya adalah melalui sistem review,sistem face book atau sistem mailing list.Adakah sistem - sistem ini yang saya nyatakan ini membuatkan anda berjaya dan berhasil?

Apa yang ingin saya katakan adalah sistem yang saya nyatakan itu 100% akan berjaya,kenapa ?sebab ramai otai-otai didalam internet ini telah berjaya menjana pendapatan dengan menggunakan sistem tersebut dan Jutawan internet kita Dr Irfan khairi pun menggunakan sistem yang serupa.
Jadi? Bagaimana ingin memahami atau ingin mengendalikan sistem tersebut untuk tujuan untuk berjaya didalam sistem tersebut? maka seorang rakan saya baru-baru ini menerbitkan sebuah ebook yang bertajuk affiliate kerajaan yang berharga RM60 sahaja (sebelum harganya meningkat kepada RM100)
Untuk pengetahuan semua,saya telah baca ebook tersebut dan menyatakan ebook tersebut amat-amat berkuailti untuk anda perolehi,ini adalah kerana penerangannya yang berunsur kepada cara marketing didalam internet dan cara yang dipraktikkan amat berkesan sekali. Saya yakin,selepas anda baca ebook tersebut anda akan tahu cara mengaplikasikan marketing didalam dunia internet ini! Pelbagai rahsia didedahkan didalam ebook tersebut.Bukti saya telah baca ebook tersebut anda boleh Klik di Site INI untuk lihat testimonial saya dan para otai yang memberi review terhadap ebook tersebut…
Sebelum terlupa,ebook tersebut adalah penulisan sendiri dan beliau telah berjaya terhadap apa yang beliau lakukan,jadi ..tidak salah jika anda mendapatkan ilmu beliau untuk belajar didalam perniagaan internet ini..
Jika anda ingin saya menuliskan apa yang diperkatakan didalam ebook itu didalam blog saya ini,saya terpaksa buat ebook sendiri kerana tidak larat untuk saya menulis apa yang ada didalam ebook tersebut didalam blog saya ini kerana begitu panjang isi didalamnya , mungkin juga saya akan minta anda membayar terhadap informasi tersebut dan apa yang terbaik sebenarnya adalah anda beli sahaja ebook tersebut untuk anda menimba ilmu..
Jadi,Saya rasa dengan bayaran RM60 ringgit itu berbaloi dengan apa yang anda perolehi ..
Selamat Belajar!
Adsense, CPA , SMS dan Aku !
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain?, Tips Perniagaan Untuk Blogger? February 2nd, 2010
asalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini nak cerita sikit apa yang berlaku dalam 2 hingga 3 hari ini!
Pada 2 hari lepas,saya ada menerima SMS daripada pelangan saya iaitu pembeli panduan buat duit dengan blog(dari mana beliau mendapatakan no tel saya pun saya tidak tahu).
Mesej yang diterima seperti berikut:
Sebelum ini saya buta didalam dunia internet dan telah membeli buku buat duit dengan blog pada tahun lepas dan Sebelum ini,bertahun abiskan masa dengan bersosial melalui internet,sekarang apabila online sahaja duit pun masuk.Terima kasih putera blogger malaysia.
- shahrul-

Rasa terharu saya dibuatnye setelah seseorang yang membeli buku saya yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog berasaskan buku saya(sebelum ini ada juga saya menerima email kepada saya dan menyatakan mereka telah berjaya membuat duit dengan blog ).Sebelum terlupa kepada shahrul,saya bukan la putera blogger kerana nama jolokkan itu sebenarnya diberikan daripada rakan saya,tapi kalau betul pun apa salahnya.Kepada bro sharul juga..keep on dengan usaha anda tersebut dan jadikan multiple income daripada sana.Teruskan mengkaji dengan sebaiknya untuk mendapatkan income yang lebih baik.
Pada waktu makan tengah hari semalam saya telah mengeluarkan duit adsense saya pada bulan ini iaitu sebanyak 106 dollar kerana sibuk dengan praktikal.Jadi saya kurang target kepada akaun google ini.Untuk pengetahuan semua,akaun google pun sekarang tengah hot dengan asyik ban customer mereka (itu yang saya tahu dan yang diceritakan oleh forum-forum dan blog yang saya lawati) dan sebab itu saya minimize income saya melalui adsense!Untuk pengetahuan semua juga,akaun adsense sekarang susah untuk di apply,oh adsense kenapa jadi sebegitu?ini adalah kerana ramai di Malaysia ini membuka akaun adsense dan sebab itu la mereka target bahawa Malaysia mempunyai ramai spam dan scam.Jadi pada waktu sekarang ini,kita perlu memperkecilkan income daripada adsense kita untuk menyelamatkan akaun kita daripada bermasalah pada masa depan (ini bergantung kepada anda).
Untuk pengetahuan semua,program CPA yang saya jalankan dia atas kajian saya telah bermula pada malam semalam pada jam 7.45 mlam,di jangka akan tahu sedikit keputusannya pada malam ini jam 9 malam!jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dengan akaun saya tersebut!(harap-harap berbaloi)
Pada minggu ini dan minggu lepas begitu menyayatkan hati saya kerana saya menerima pelbagai bencana,terutama sekali saya ada menerima kemalangan jalan raya!peh,nasib baik saya tidak apa-apa kerana pelanggaran saya dengan motor dan motor.Pecah juga cermin hadapan dan juga cermin lampu motor saya.Kesilapannya adalah seorang wanita ini tidak pandang kekiri dan kekanan semasa melintas!jadi,apa lagi,berdentum la saya dibuatnya!..Masalah telah selesai kerana saya tidak mengambil tindakakan apa-apa kerana tidak mempunyai kerosakan teruk serta tiada kecederaan yang teruk juga.Saya berharap,wanita-wanita di luar sana jangan lalai ketika melintas jalan!(amaran daripada saya) kerana wanita ini mengambil lalai didalam melakukan sesuatu perkara dan mereka ini mengambil mudah diatas sesuatu perkara!

Perempuan Oh perempuan…..







