Kemana saya Menghilang?
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain?, Perniagaan Internet, Tips Perniagaan Untuk Blogger?, Usahawan Internet May 29th, 2010
Kepada pembaca setia blog ini,saya meminta maaf kerana saya tidak menulis kebelakangan ini kerana saya berada di Kuala Lumpur untuk urusan pekerjaan di sana.Saya ditemuduga oleh syarikat Posco-Malaysia untuk menjadi juruteknik lab disana.
Untuk pengetahuan anda,mereka menerima saya bekerja tetapi saya menolak pekerjaan itu.Mengapa saya menolak pekerjaan itu sedangkan gaji yang diberikan adalah sebanyak RM1100 basic dan jika ditambah dengan elaun,serta oti,saya akan mendapat RM1700 sebulan? Bagi anda yang tidak mengetahui perniagaan internet dan tidak pernah menjana pendapatan di internet , anda menyatakan peluang itu rugi sama sekali,kan?
Bagi saya iyanya tidak rugi,kerana saya dapat menjana pendapatan lebih daripada 400 dollar dalam sebulan (jika saya tidak rajin),jika saya rajin pendapatan itu akan lebih bertambah ,jadi kenapa saya perlu menghabiskan masa bekerja di sana?untuk pengetahuan semua,tempat kerja yang saya ditemuduga itu begitu jauh sekali dengan rumah abang saya mahupun rumah sewa rakan saya.Saya juga menolak kerana kerja tersebut adalah berbentuk shift dan mesti bekerja 12 jam satu hari.Peh letih!
Tapi saya telah membuat pengiraan bahawa,jika saya bekerja disana dan tolak dengan duit minyak,tolak dengan sewa rumah,tolak dengan duit makan ,tolak dengan duit motor,tolak dengan duit PTPTN,tolak dengan socso dan KWSP,saya hanya mendapat 100 ringgit sahaja dalam masa sebulan.
Ini bermakna,jika saya bekerja bertungkus lumus disana,saya hanya mendapat 100 ringgit sahaja dan ini sememangnya tidak berbaloi dengan usaha saya sehingga hendak pengsan memperkayakan kompeni tersebut.Jadi saya mengambil keputusan tidak ingin bekerja lagi sementara ini jika saya tidak menerima pekerjaan yang sesuai dengan saya.
Untuk pengetahuan anda,jika kita bekerja didalam internet ini,tidak sampai 10 minit kita boleh memperoleh 400 dollar lebih ke atas jika betul caranya.jadi?kalau anda menjadi seperti saya,dimana pilihan anda?Saya yakin anda mesti berfikir seperti saya juga…
Pada kali ini,saya ingin menerangkan serba sedikit apa dia fungsi keyword, Read the rest of this entry »
Strategi Blog Lebih Cantik Dengan…?
Article Saya?, Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain?, Perniagaan Internet May 15th, 2010
Untuk pengetahuan anda ,saya menulis artikel ini di Semenyih iya itu berdekatan dengan Kuala Lumpur didalam rumah mak cik saya.Matlamat saya datang ke Kuala Lumpur ini adalah untuk melihat perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan separuh akhir piala thomas di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada hari semalam.
Stadium bagaikan bergegar seperti hendak runtuh didalam stadium semasa kemunculan wira negara kita iya itu Lee Chong Wei.Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi terhadap perlawanan yang saya lihat bersama ayah dan pakcik saya setelah saya pulang ke segamat nanti.Pada kali ini,saya ingin menceritakan bahawa kelebihan mengunakan Mozilla Firefox.
Jika anda ingin nampak lebih cantik terhadap blog yang anda kunjungi Read the rest of this entry »
Kenapa Perlu Belajar?
Article Saya?, Cerita Lain? May 8th, 2010
Belajar merupakan satu faktor cara untuk memahami sesuatu perkara dengan baik.Didalam Internet ini terdapat banyak cara untuk anda mempelajari sesuatu perkara didalam sesuatu bidang itu,cuma anda perlu mengenali adakah cara belajar anda itu betul atau pun tidak betul dan adakah iyanya sejajar dengan apa yang perlu anda tahu.
Untuk pengetahuan semua,saya telah banyak belajar didalam dunia internet ini dengan pelbagai cara iaitu dengan membeli ebook,mencari formula sendiri,belajar dengan IM terkenal,belajar dengan berforum dan pelbagai lagi kaedah pembelajaran dan sekarang saya juga telah membuka personal coaching sendiri.Apa yang saya lihat setiap orang yang saya pelajari mempunyai kelemahan yang tersendiri Read the rest of this entry »
Jana Pendapatan Dengan TLA
Buat Duit Dengan Blog?, Cerita Lain? May 5th, 2010
TLA atau dikenali sebagai nama panjangnya adalah Text link ads merupakan satu program menjana pendapatan yang paling mudah jika blog anda didalam berbahasa inggeris atau pun blog anda Mempunyai Page rank 3 ke atas.Ini adalah kerana ,anda menjual link ke blog anda tanpa anda sedari kerana mereka yang akan meletakkan link jualannya didalam blog anda,oh sebelum terlupa,semasa register anda perlu setkan coding yang telah disediakan didalam program tersebut dan semuanya diajar didalam site tersebut.
Program TLA ini merupakan salah satu program yang membayar anda melalui penjualan Read the rest of this entry »









