Kenapa Perlu Belajar?
Article Saya?, Cerita Lain? May 8th, 2010
Belajar merupakan satu faktor cara untuk memahami sesuatu perkara dengan baik.Didalam Internet ini terdapat banyak cara untuk anda mempelajari sesuatu perkara didalam sesuatu bidang itu,cuma anda perlu mengenali adakah cara belajar anda itu betul atau pun tidak betul dan adakah iyanya sejajar dengan apa yang perlu anda tahu.
Untuk pengetahuan semua,saya telah banyak belajar didalam dunia internet ini dengan pelbagai cara iaitu dengan membeli ebook,mencari formula sendiri,belajar dengan IM terkenal,belajar dengan berforum dan pelbagai lagi kaedah pembelajaran dan sekarang saya juga telah membuka personal coaching sendiri.Apa yang saya lihat setiap orang yang saya pelajari mempunyai kelemahan yang tersendiri iyala,mana ada orang yang complete didalam dirinya dan mesti ada kelemahan masing-masing.
Kaedah pembelajaran dengan lebih bagus yang saya lihat adalah melalui face to face dan bukan secara beramai-ramai.Ini bermaksud pembelajaran melalui seminar tidak berapa OK berbanding dengan pembelajaran dengan One by One.Perkara ini telah saya lalui ketika saya belajar dengan lecture saya di UiTM berseorangan dengan belajar beramai-ramai,result yang didapati sungguh berbeza sekali.Ini menunjukkan belajar One by One lebih baik.
Perkara yang diambil berat juga ketika pembelajaran adalah jangan berputus asa,buat apa yang perlu dilakuan dan disuruh,apa yang saya dapat lihat,ilmu yang dapat mencurah-curah tetapi apabila ingin melakukanya begitu malas sekali.Ini lah manusia,ingin senang tetapi tidak ingin bersusah dahulu.Apa yang orang dahulu-dahulu berkata,bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.
Didalam internet ini banyak medium untuk dipelajari contoh ebook,anda boleh membeli ebook dan mempelajarinya tetapi mesti anda pertanyaan dan persoalan.Jadi,sebagai seorang yang mempelajari sesuatu perkara itu anda perlu ketahui rahsia pembelajaran yang sesuai untuk anda.Seperti saya,walaupun pembayaran untuk coaching adalah tinggi bayarannya daripada tok guru-tok guru saya ,tetapi saya tidak kisah,kerana ianya ilmu.Saya mengambil sistem coaching kerana saya tidak ingin melakukan kesesatan terhadap pembelajaran yang saya pelajari dan iya akan mempercepatkan saya untuk mempelajari sesuatu perkara dan tepat apa yang di inginkan.
Ada juga yang saya belajar atau membeli ebook yang langsung tidak mendatangkan hasil.Cuba kita lihat pula dari segi pembelajaran daripada Universiti,saya telah membayar yuran dan mengunakan wang sebanyak RM15ooo,tetapi sekarang masih belum terjamin lagi dengan diploma yang ada.
Cuba anda bayangkan dan cuba anda lihat dari segi cerita yang saya sampaikan tersebut,adakah iyanya sama jika anda mempelajari sesuatu di internet ini dan dunia diluar sana?Jadi,pembelajaran yang bagaimana anda inginkan?anda perlu tanya pada diri anda dengan sebaiknya dan memilih apa yang sepatutnya…
Comments
Leave a Comment









May 11th, 2010 at 12:04 pm
ramai orang melabur kat skim cpt kaya tp xnk melabur tmbhkn ilmu tuk diri sndiri haha
[Reply]
Yazid Yahaya Reply:
May 11th, 2010 at 2:49 pm
hahaha,,betul tu,orang ramai lebih suka melabur daripada menimba ilmu,,,
[Reply]